Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Fahami Hatiku ( I )

 FAHAMI HATIKU ( I )  Dedaun berterbangan , angin bertiup menerpa muka ku . Suasana di sekolah itu mulanya membuat aku berasa tenang . Pertama kali menjejakkan kaki di sekolah itu , Aqish membawa seribu satu azam baru untuk menjadi pelajar serta anak yang mampu berbakti kepada ibu bapa. Dia mula merasakan azamnya terus musnah apabila ayahnya berhasrat untuk meletakkan dirinya di asrama sekolah tersebut . Perasaannya ketika itu membuatkan dia rasa ingin menangis semahu mahunya . Aqish merupakan anak kedua dalam keluarga tersebut . Dia mempunyai empat org adik beradik . Sepanjang dia bersekolah , jarang sekali dalam fikirannya ingin memasuki asrama sekolah tersebut . Dia berfikiran kalau berada di asrama akan membuat dirinya menjadi stress dan menganggu proses pembelajarannya . Akhirnya , selepas mendaftar di sekolah baharu , Aqish dan ibubapanya terus bergerak ke bahagian pentadbiran asrama untuk mendaftar masuk di asrama tersebut . Setelah selesai pembayaran barang asrama ...