FAHAMI HATIKU ( I )
Dedaun berterbangan , angin bertiup menerpa muka ku . Suasana di sekolah itu mulanya membuat aku berasa tenang . Pertama kali menjejakkan kaki di sekolah itu , Aqish membawa seribu satu azam baru untuk menjadi pelajar serta anak yang mampu berbakti kepada ibu bapa. Dia mula merasakan azamnya terus musnah apabila ayahnya berhasrat untuk meletakkan dirinya di asrama sekolah tersebut . Perasaannya ketika itu membuatkan dia rasa ingin menangis semahu mahunya . Aqish merupakan anak kedua dalam keluarga tersebut . Dia mempunyai empat org adik beradik . Sepanjang dia bersekolah , jarang sekali dalam fikirannya ingin memasuki asrama sekolah tersebut . Dia berfikiran kalau berada di asrama akan membuat dirinya menjadi stress dan menganggu proses pembelajarannya . Akhirnya , selepas mendaftar di sekolah baharu , Aqish dan ibubapanya terus bergerak ke bahagian pentadbiran asrama untuk mendaftar masuk di asrama tersebut . Setelah selesai pembayaran barang asrama dan juga yuran , Aqish duduk seketika , termenung dan berfikir sejenak "Apa yang akan berlaku pada diri aku ? Bagaimana aku hendak berkawan ? Bagaimana aku hendak makan ? Dan bagaimana aku hendak berdikari sedangkan pakaian di rumah pun aku tidak basuhnya dengan sendiri ." Pelbagai soalan yang bermain di minda Aqish . Namun lamunannya terhenti apabila mamanya menepuk bahu untuk bergerak ke bilik yang bakal didudukinya kelak .
Aqish tersedar dari lamunan nya . Dia meraup wajah nya berkali kali seraya berkata " Kenapa aku tiba tiba mengimbau kembali waktu mula mula aku masuk ke sini ? Apa yang aku cuba cari ? Apa yang aku fikirkan ? Mungkin aku terlampau stres berada di sini barangkali " . Aqish tunduk dan sejenak berfikir " Kalaulah aku tidak berada di sini dari awal , pastinya keadaan tidak menjadi konflik begini ". Tanpa di sedari , air mata gugur jua . Aqish yang kini berada dalam tahun terakhir persekolahan merasakan dirinya terlampau stres menghadapi segala masalah yang berlaku di sekelilingnya . Bagi nya , orang di sekelilingnya terlalu memandang serong kesalahan yang telah di buatnya . Hakikatnya , itu bukanlah satu kesalahan yang besar sehingga dia di hukum begini . Mujurlah dia ada seorang cikgu yang memahami nya . Aqish banyak berkongsi masalah dengannya . Terlalu banyak di kongsi, membuatkan mereka menjadi semakin akrab dan saling memahami antara satu sama lain . Insan itulah yang banyak mempositifkan dirinya dan memberi semangat supaya terus bangkit serta hiraukan apa yang orang perkatakan. Bagi Aqish , gadis yang berumur 17 tahun itu tidak boleh terima keadaan yang memaksa dirinya untuk mencari jalan penyelesaian dan tidak fokus di dalam kelas . Dia terlalu buntu dan kecewa di perlakukan seperti itu . Tiba tiba fikiran Aqish teringat kejadian pada malam dia di marahi rakan satu organisasinya .
***************************************************
8.00 malam
" Aqish ! awak suka tengok keadaan kita sekarang ? awak suka tengok kita semua berpecah belah ? ouh iya , saya lupa . Awak mana ada hati dan perasaan . Sebab itu awak tak rasa apa apa . Tolong jangan jadi busuk sangat hati tu ! Cukuplah awak saja yang jahat , jangan tarik kami semua . Apa salah kami semua sampai awak mengata kami macam macam ? Siapa cikgu itu pada awak nak di bandingkan dengan kami semua . Saya tahu awak rapat dengan dia ! Tak perlu nak burukkan kami semua pada dia . Awak buat semua ni sebab awak nak dapat nama ? Tak perlu rasanya . Kita kalau dah buat apa apa , kalau orang tak nampak , tak perlu nak buktikan apa apa lagi . Sebab jelas orang lain nampak awak tak buat apa apa pun . Dan tak perlulah nak cerita hal awak dan kami semua pada orang lain ! Awak ingat awak sempurna ? " tengking seorang rakannya .
Aqish terdiam seketika . Dia mula berfikir untuk ungkapkan segala kebenaran pada malam itu juga atau tidak . Akhirnya , dia ambil keputusan mengungkapkan kebenaran tetapi tak sepenuhnya di luahkan . Hatinya terlalu sakit apabila mengingat kembali apa yang mereka sudah lakukan terhadapnya . Setelah lama berfikir , Aqish bangun dan menggagahkan diri untuk berbicara dan menuntut keadilan terhadap dirinya .
" Baiklah , assalamualaikum semua . Pertama sekali saya minta maaf atas apa yang saya lakukan . Mungkin apa yang saya lakukan silap pada mata kamu semua , tapi betul pada pandangan saya . Maafkan saya . Untuk pengetahuan awak awak semua , saya sudah mengenali cikgu tersebut lama dah . Saya mula mengenali dia dari tahun 2014 . Ketika itu saya berada di tingkatan 2 . Dan ketika itu jugalah , pertama kali saya jejakkan kaki di sekolah ini . Sebelum saya mengenali kalian semua , saya terlebih dahulu mengenali cikgu itu . Jadi , kalian tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya pada saya kalau saya rapat dengan cikgu itu . Setiap orang akan ada seorang insan untuk dia berkongsi segala suka dan duka bersama . Kalian tak pernah wujudkan budaya untuk ambil berat antara satu sama lain , sebaliknya kalian wujudkan budaya utuk ambil berat perkara yang menampakkan kesalahan pada diri orang lain . Sekarang , kalian bertanya bagaimana kita nak bersatu ? sedangkan dalam kalangan kalian sendiri pun wujudnya perasaan benci antara satu sama lain tapi di pendamkan . Saya di marah dan di tengking di hadapan khalayak ramai atas satu alasan sebab saya terlampau menunjukkan yang saya tidak suka kalian semua . Hakikatnya , tidak terdetik perasaan dengki atau benci , cuma dengan niat nak membentuk . Bila saya tegur di mana silapnya kalian , kalian tidak dapat menerima dan pulaukan saya . Saya terima semua itu dengan hati terbuka . Tapi , pernah tak kalian terfikir , di saat korang meconteng arang di muka saya , merenyuk dan mencincang hati saya , siapa yang ada dengan saya ketika itu ? Tidak ada seorang pun yang datang bertanyakan khabar melainkan insan yang diibaratkan seperti lilin itu . Saya bersyukur masih ada yang memahami diri saya . Saat itu , saya sedar bila ada seorang insan cuba untuk mengubah keburukan kepada kebaikan , dia akhirnya di hukum seberat beratnya hanya kerana membawa suatu perubahan yang tidak dapat di terima oleh orang lain . Benarlah kata kata itu ' ada perkara yang kita benci tapi baik untuk diri kita , dan ada perkara yang kita suka sedangkan ianya buruk' . Saya cuma nak ambil kesempatan ini untuk saya luahkan segalanya supaya tidak ada satu pun yang terbuku di hati . Kalian marah dan terasa bila saya bercakap dan mengata tentang kalian, sehingga membawa kepada satu perjumpaan supaya saya di malukan di hadapan khalayak ramai. Tetapi pernah tak kalian terfikir bila mana kalian mengata dan bercakap tentang saya ? Apa tindakan saya ? Saya sikit pun tak ambil tindakan kerana tidak mahu keruhkan keadaan . Tapi itulah , orang lain masih lagi tidak mengerti dan terus terusan menunding jari terhadap saya. Mungkin itu sahaja , kalian fikir fikirkanlah ".
Aqish kemudiannya berlalu pergi , dan terus bergerak ke bilik . Masing masing buat buat tidak tahu tentang ketiadaan Aqish di situ . Berfikir barangkali . Sesampai sahaja di bilik , Aqish menangis semahu mahunya . Dia terasa seperti ingin teriak dan menceritakan masalahnya pada seluruh dunia , biar semua tahu tentang isi hatinya saat itu . Tapi apakan daya , hanya Allah sahaja yang menjadi tempat mengadu . Usai solat , Aqish terus beredar ke bilik dan akhirnya terlelap .
*****************************************************
Air mata Aqish mengalir jua mengingatkan kembali apa yang berlaku . Aqish ingat pesan cikgunya itu bahawa " Aqish , yang ikhlas selalu di sia siakan , yang ikhlas selalu di nombor duakan . Dan ketika yang ikhlas pergi , baru mereka sedar kalau yang ikhlas itu penting ". Sampai bila bila ungkapan itu tersemat dalam hati Aqish . Saat itu , dia cuma berharap agar dia berpindah sekolah . Dia terlalu sedih kerana banyak kali di kecewakan dan tidak di beri peluang untuk perbetulkan keadaan sebenar . Walau sudah berkali kali cuba untuk ungkapkan kebenaran , masih tiada lagi telinga yang sudi untuk mendengar . Sedang asyik melayan perasaan , Aqish terfikir suatu cara untuk menyelesaikan masalah ini . Akhirnya Aqish ..........
Comments
Post a Comment